Sabtu, September 05, 2009

Software Review : Google Chrome



Salam semua,

Bulan ni genaplah setahun usia Google Chrome. Baru setahun Chrome sekarang dah sampai ke versi 4 beta. Apa yang menarik pasal Chrome ni sebenarnya?. Itu la yang kita nak bincangkan.

Chrome merupakan pelayar(browser) sumber terbuka(open source) yang dibina Google bagi memenuhi kehendak standard Web 2.0 dan aplikasi internet yang semakin kompleks.

Google nampak pelayan web mungkin akan menggantikan OS (sistem operasi) yang ada kat dunia ni. Kira kalau betul la, Microsoft Windows dah tak boleh cari makan la lepas ni haha..

Simple, Laju, Stabil

Apa yang best pasal Google Chrome ni ialah pelayan ni memang ternyata laju terutama dalam memproses javascript. Boleh cari kat google pasal perbandingan kelajuan pelayan internet moden.

Grafik antara muka pengguna (Graphical User interface - GUI) Chrome memang simple dengan menampilkan hanya tab dan address bar je. Itu je pun yang penting nak surf internet kan.

Walaupun Chrome dikeluarkan dalam bentuk beta, namun susah nak cari pepijat (bug) / masalah bila menggunakan pelayan ni. So boleh dikatan stable la kan. Satu lagi, web rendering Chrome memang ternyata kemas. Kebanyakan render chrome lebih baik daripada Internet Explorer dan Mozilla Firefox baik dari segi css ataupun skrip lain-lain di internet.

Chrome menggunakan teknologi di mana ia mengasingkan setiap tab dengan kawalan memori sendiri di mana kalau ada masalah loading atau error dalam satu tab ia tak akan menggangu tab lain. Ini menunjukkan tahap kestabilan sebenar pelayan moden sebenar :-D.

Apa yang tak best pulak?

Mana ada pelayan web yang sempurna kan. So kat sini aku nak tunjuk kelemahan Chrome pulak. GUI yang terlalu simple tak banyak plug-in atau tambahan kepada feature asas Chrome. Berbanding dengan Mozilla Firefox yang memang terkenal dengan beribu-ribu add-on/plugin memang Chrome tak boleh nak lawan la. Mungkin satu hari nanti Chrome boleh berkongsi plugin .xpi yang digunakan oleh Firefox.

Memori management yang berasingan bagi setiap tab menyebabkan Chrome menggunakan memori yang banyak semasa surfing tapi setakat ni tak ada masalah pasal memori yang memyebakan browsing slow.

Saiz installer Chrome agak besar kalau nak dibandingkan dengan ke-simplelan browser ni. Tapi dengan sambungan broadband di zaman sekarang ni bukanlah masalah besar untuk download Chrome. :-p

Konklusi

So menarik jugak kan Google Chrome ni. Apa kata jom try browser ni pulak. Yang masih gunakan Internet Exploror (IE) tu apa kata cuba kelainan open source pulak.

Secara umumnya, Google Chrome sesuai untuk kegunaan surfing di era moden ni. tapi bagi orang yang menggunakan internet secara maksimun cuba Firefox dengan add-ons yang gempak!


antukecik
September 2009


1 komen membina:

Sila la komen apa yang patut :p